Perihal Kami

Selamat datang ke LinkedIn, rangkaian profesional yang terbesar di dunia dengan lebih daripada 500 juta ahli di 200 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.

Misi kami

Misi kami amat mudah: Untuk menghubungkan para profesional di dunia dan menjadikan mereka lebih produktif dan berjaya. Apabila anda menyertai LinkedIn, anda memperolehi akses kepada para pengguna, pekerjaan, berita, kemas kini dan maklumat dalaman yang dapat membantu menjadikan anda lebih berjaya di dalam bidang anda.

Maklumat Syarikat

LinkedIn bermula di ruang tamu pengasas bersama iaitu Encik Reid Hoffman dalam tahun 2002, dan ianya dilancarkan secara rasmi pada 5hb Mei, 2003.

Jeff Weiner ialah Ketua Pegawai Eksekutif di LinkedIn, dan pasukan pengurusan syarikat terdiri dari para eksekutif yang berpengalaman dari syarikat seperti Yahoo!, Google, Microsoft, TiVo, PayPal, dan Electronic Arts.

LinkedIn adalah sebuah syarikat pegangan awam dan memiliki model perniagaan yang dipelbagaikan di mana hasil keuntungan datangnya dari langganan ahli, jualan pengiklanan dan penyelesaian bagi masalah carian pekerja.


Untuk maklumat lanjut tentang syarikat kami, sila lawati Laman Syarikat kami.

Untuk maklumat lanjut tentang Produk & Perkhidmatan kami, sila lawati laman Produk & Perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Pusat Akhbar kami. Ahli dari pihak media boleh menghalakan pertanyaan ke press@linkedin.com